RSS

Ukiran Relief Ayah Chik Zainal ( Besut, Terengganu )

20 Jun

Image

 Ayah chik zainal merupakan salah seorang penggiat seni ukiran kayu.Beliau berkebolehan menghasilkan ukiran-ukiran kayu,senjata-senjata melayu seperti keris, dan lain-lain.Beliau juga amat berkebolehan menghasilkan karya-karya lukisan pemandangan tradisional.

Image

Ini merupakan salah satu karya beliau.Lukisan ini memaparkan aksi nelayan-nelayan tradisional di besut satu ketika dulu.ukiran pemandangan ini mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.Berkat ketekunan, minat dan usaha beliau, inilah hasilnya.Lukisan ini telah dijual dengna Harga RM 8k.

ImageImageImage

Sebelum beliau mula mengukir lukisan, beliau akan membuat kajian lokasi dan bentuk-bentuk objek yang hendak di ukir seperti perahu tradisional, berdasarkan tema tempahan pelanggan.Selepas itu, lakaran dibuat diatas kayu.Setiap lakaran diolah mengikut kesesuain saiz dan kuantiti bagi menampakkan seni dan kehidupan sesebuah lukisan. 

                ImageImage

Setelah lakaran siap, lukisan itu akan di router bagi membentuk struktur bahagian-bahagian yang timbul dan tenggelam.Langkah ini bertujuan untuk memudahkan proses mengukir di jalankan di samping menjimatkan masa.

                        ImageImage

Proses membentuk pemandangan di lakukan dengan teliti bagi memastikan kesilapan tidak di lakukan.Proses ini memakan masa dan memerlukan kesabaran serta kreativiti bagi memastikan lukisan menampakkan kelembutan dan hidup dari segi bentuk perahu,nelayan yang lalu lalang dengan pukat dll.

Image

Inilah hasilnya seni unkiran Ayah Chik Zainal..Marilah sama-sama renungkan hasil kerja beliau..Martabatkan seni ukiran besut di persada dunia….sekian,

 

One response to “Ukiran Relief Ayah Chik Zainal ( Besut, Terengganu )

  1. jurukir

    June 20, 2012 at 6:56 am

    seni orang besut trg…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: